Saturday, August 11, 2012

Gadis kampung dan impian luar biasa.

Bismillah

Sebenarnye dah lame dah blog ni bersawang . Kesian pulak . Tapi no problem ! 

Sebelum Herbalife , aku hanyalah gadis kampung yang telah disetkan otak nya untuk belajar belajar belajar dan belajar . Dapat ijazah dean list , kerja hebat-hebat , lepastu balas jasa ibu ayah. Tak pernah terfikir langsung cabaran dan dugaan kat luar sana. Ya lah , mana taknya , aku terlalu di "zon selesa".

Sebelum masuk sekolah rendah , ayah hantar sekolah pergi naik van putih yang mungkin kalau dijual pun berharga RM 1000 , itu pun kalau ada hati yang ingin membeli. Usang sungguh van ayah. Dalam van , salam tangan ayah , ayah sempat berpesan ;

" Fadhlina , belajaq elok-elok , dapat number 1 ".

Budak otak suci lah katakan. Hehe.

Bila dah darjah 6 , semua struggling for our first paper. Ibu everyday tak pernah miss cakap ;

" Fadhlina , apa cikgu ajar ikut , dapat 5A masuk sekolah sains".

Serius , aku pelik tetapi tidak bertanya. Time tu kan aku ulang , " aku budak suci". Apa ibu ayah aku cakap aku ikut sebab aku tahu diorang dah hidup lama , aku baru nak mengenal erti hidup.

Malangnya , UPSR aku 4A 1B. Gile mengamuk ibu aku.

Selesai alam kebudak-budakan. Masuk pulak ke alam agak "matured". Erti mengenal apa itu handset yang pertama . Kenal apa itu jerawat . Kenal apa itu cinta monyet . Pff.

Biasalah kan , frust gila sebab tak dapat masuk sekolah berasrama penuh , kali ni aku betul-betul struggle hard untuk my second DUNIAWI paper , PMR. Alhamdulillah , rezeki berpihak di sebelah aku , dapatlah 9A dan ditawarkan ke sekolah berasrama penuh. Gila kentang ! Budak kampung , ayah jual apom balik , ibu suri rumah , anak masuk sekolah sainsss hoi. Mungkin orang lain tidak merasakan apa yang aku rasa , tapi aku tahu , semua ibu bapa nak kan yang terbaik untuk anak-anak diorang. Mungkin mentaliti anak-anak ke SBP macam hebat kan , haha , tapi sebenarnya tak pun. Cuma satu tiket ! Aku ulang , TIKET untuk ke fasa yang seterusnya. Aku perlu admit , ibu memang nak gila-gila aku masuk SBP , katanya senang. Biasalah , budak suci kan , ikut sahaja. hehe

Habislah zaman sekolah yang entah apa-apa bila semua bersorak;

" YEAYYYY , SPM HABISSSS "

Bila SPM habis , biasalah kan , orang kampung macam aku ni memang mengharapkan biasiswa. Kata ibu , " Senang kamu , ada biasiswa , kerja semestinya ada". Bila biasiswa , lagi lah. Mentaliti nak anak-anak ke oversea. Aku pun tak faham , tapi aku tahu impian aku dari kecil sampai aku berumur 20 tahun semuanya didorang oleh ibu. Aku tak pernah berani nak commit untuk ada dream sendiri. Ye lah , anak haruslah ikut cakap ibu bapa dan jangan melawan.hikhik. Derhaka kang nanti.
Sekali lagi , result aku tak memuaskan hati ibu. Ayah aku biasa-biasa. Boleh terima.

Ibu sedih gila-gila sebab aku tak dapat straight A's , tak pergi oversea , tak boleh ikut cakap die amik medic / dentistry / pharmacy . Time ni serius aku stress . Aku sebenarnya nak further form 6 , aku tak tahu kenapa tapi pilihan aku ini sudah semestinya DIREJECT sama sekali. Ok fine , time ni aku menangis dekat ayah aku terus terang tolonglah faham apa yang aku nak. Sekali ni je. Biasalah , ayah ikut pandangan ibu. Nangis lagi hentak hentak kaki T_T

Setelah direject niat itu , aku mulakan buku baru dengan impian baru

" Ibu , cikna tak minat lah science , nak sambung business boleh tak ? "

" TAK BOLEH ! AMIK SCIENCE ! MUKTAMAD. "

Sekali lagi , ibu reject dan terus reject. Katanya , business tak menjamin. Ya Allah , time ni hanya Allah yang tahu . Dan ayah. Ayah tak pernah berhenti support aku. Katanya , mungkin ada hikmah semuanya ini. 

Aku tak tahu kenapa hati aku didorong untuk go dengan business,mungkin sebab family background . Mungkin sebab aku nak jadi jutawan.Mungkin , hanya Allah tahu dan DIAlah pemegang hati-hati. Serius aku cakap , aku further ke biomedic di UIA KUANTAN pun hanyalah untuk mendapatkan segulung ijazah . Dan truly , ijazah itu bukan untuk aku , mungkin lebih sebagai hadiah buat ibu. =')

Ayah selalu cakap ,

" Fadhlina , kesabaran kamu ini , mungkin ada hikmah. Kalau jodoh kamu dengan bisnes , lari  ke jatuh ke , lompat ke , tersungkur ke , tetap dengan bisnes."


Betullah kata ayah. Allah mungkin tak bagi dalam masa terdekat , tapi Allah ada perancanganNYA sendiri. Terbukti. Alhamdulillah.

18 Mei 2011 , perkenalan di atas sahabat . Saya tidak akan sesekali melupakan jasa dan budi sahabat ini yang telah mengubah kesihatan saya , dan pada masa yang sama kewangan. Allah menghantar insan ini , buat saya yang pada masa itu tercari-cari penyelesaian untuk turun berat badan , dan pada masa yang sama jugaklah , saya tercari-cari untuk memberikan kesihatan kepada ayah. Hati anak mana yang tak tersentuh melihat ayah jalan capit . Aku gadis kampung , tetapi punyai impian yang luar biasa !



ALHAMDULILLAH. 
Inilah yang saya cari selama ini.
Kesihatan-Kesenangan-Kebahagiaan-Keselesaan.Dan yang paling best , saya ada masa untuk keluarga dan diri sendiri !

Saya turun 26 kg total selepas menggantikan sarapan dan makan malam dengan nutrisi Herbalife. Ayah turun 13 kg 3 bulan , berhenti ubat urat ( one type of steroids) selepas 6 bukan KONSISTEN dengan sarapan dan makan malam nutrisi Herbalife . Satu family kami yang mana sangat-sangat negatif , tapi saya dan ayah teruskan jugak. Nampak tak , Allah hantarkan saya orang-orang yang bantu saya untuk kejar impian duniawi dan akhirat. Terima kasih saya ucapkan buat ayah , yang faham segalanya. Buat sahabat saya yang memperkenalkan Herbalife kepada kami sekeluarga , terima kasih Syadza ! =)



Alhamdulillah. Berubah kehidupan dari tidak sihat ke sihat ( dengan izin Allah ). Saya sangat-sangat bersyukur. Ditemukan dengan insan-insan yang telah digerakkan hati mereka untuk membantu saya , Allahuakbar ! Hanya turun berat badan , pada masa yang sama , duit poket pun mengembang.haha.Sangat Amazing di Herbalife. Turun berat , share dengan ramai orang , Alhamdulillah , last month income hampir cepai target..hehe.

Aku pernah berdoa dengan Allah , aku ingat lagi . Time tu aku sorang-sorang drive , aku bercakap sorang-sorang.

" Ya Allah , ada tak kerja yang takde boss . Masing-masing boss tapi ada system. Ada tak kerja yang aku tak payah punch card . Ada tak kerja yang aku boleh cuti bila-bila , boleh travel oversea bawak ibu ayah. Ada tak kerja yang tak stress , yang seronok jaa? ". 

Serious aku cakap. Aku tanya sebab aku nak tahu way/path yang mana the best untuk aku in order untuk aku jadi seorang Muslim yang down to earth , yang humble , yang boleh sedekah tanpa perlu berfikir 2-3 kali . Yang boleh memberi senang cerita. Time aku tanya tu , aku berumur 17 tahun / 18 tahun barangkali. Cepat atau lambat , berumur 20 tahun , baru berjumpa dengan jawapannya. Bersabar. :')

ALHAMDULILLAH 
HERBALIFE jawapannya.



Aku tak tahu kenapa , bila berkenalan dan bercinta dengan Herbalife , seolah-olah , dunia ini aku yang punya.hehe.Aku boleh berimpian , takde sesiapa melainkan Allah yang akan halang , mungkin tak bagi sekarang , tapi Allah bagi ke depan. Itu bukan kerja aku , yang aku tahu , kerja aku hanya Usaha , usaha dan usaha. 

Aku berani ada impian ! Aku decide untuk ada impian yang bagaimana , aku commit untuk impian itu dan aku challenge diri aku untuk ape yang aku nak. Bukan nak bangga , tapi ini berlaku sendiri. Kenapa perlu takut untuk berimpian ? Ada sekali tu time fokus group , Cikgu Azim cakap ;

" Kenapa takut nak tulis target ? Dapat tak dapat lain cerita . Tulis ja lah. Bukan ada sapa nak gelak pun !"

Time cikgu Azim cakap ni , air mata aku bertakung. Sebab aku takut nak tulis , takut tak dapat , nanti orang gelak.Aku lebih mementingkan apa orang akan cakap , dari apa aku nak usaha untuk nak dapat.

Dalam Herbalife , WAJIB ada dreamboard masing-masing. Tulis je lah ape korang nak ! Setiap hari tengok. Oh aku terlupa , mesti ada WHY ! STRONG WHY ! SERIUS aku cakap , STRONG WHY .


 If ur WHY,is smtg dat will not make u cry,not make wake up early&sleep late,then u need to change ur WHY.bcause it's useless WHY. #NCacademy.

Strong why. Strong why. Strong why yang ape jadi pun korang tak kan mengalah. 

Aku admit , aku memang anak daddy , kalau cakap pasal ibu , aku mungkin boleh sembunyikan perasaan sedih atau sayu. Tetapi , jangan sebut ayah. Sebab aku tak boleh. Setiap hari semalam 21 tahun , aku dibesarkan oleh ayah. Dari aku berumur 3 hari dan insan di ataslah yang kenal aku luar dan dalam. Tahu siapakah aku , SITI FADHLINA BT HALIPAH. Dan selama 21 tahun , setiap hari ayah aku bangun pukul 3 pagi , dah mula persiapan untuk menjual apom balik selepas subuh di pasar pagi. Aku tanya diri aku sendiri , " Sampai bila ayah perlu bangun pukul 3 pagi? " . Dan sampai sekarang , bila aku down ( bohonglah kalau dalam bisnes tak de satu time pun kite down.Itu normal.Itulah pahit getir sumber kekuatan dalam bisnes.InsyaAllah) , aku akan tanya soalan yang sama. " Bila ayah perlu "pencen" ?" .


Dream Board . Dream , dream , and dream. Start dream today , tomorrow it will be yours !


 Korang nampak tak , Allah , bukan niat aku untuk show off. Sikit pun tak. Cuma aku nak buktikan , bila aku DECIDE untuk dream tu , aku COMMIT untuk dream tu. Alhamdulillah , aku dapat. Dream yang pertama aku tulis atas board ini ialah , BULAN JUNE aku nak pergi umrah. Kalau ye pun , bukan dengan ibu dan ayah ( bohonglah kalau impian korang untuk menunaikan umrah bukan dengan parents). Aku nak sangat menunaikan umrah dengan DUIT SENDIRI , dengan IBU dan AYAH. Tetapi apa kan daya. Semua rancangan Allah. DECIDE--->COMMIT + DESIRE ---> IT WILL BE YOURS. Aku tak tipu , tapi ...

Alhamdulillah , maha Besar Allah. 21 Jun , 11.35 pagi . Aku berangkat ke tanah suci dari KLIA. Saat ni kan , korang dah speechless. Selalunya tengok je Kaabah tu dari tv atau pun tengok kawan-kawna Facebook update. SubhanaALLAH. Aku tak dapat nak express feeling aku. Mungkin ada kawan-kawan yang sebaya dengan aku dah ke sana 2 3 kali mungkin. Tapi journey aku untuk ke sana bukan mudah.

February 2012 
Aku decide nak g Umrah . Tapi bayangkan , duit dalam Tabung Haji ada RM 200.Haha. Flight pun tak lepas.No problem ! Aku decide , aku commit, aku usaha !
April 2012 
Fully qualified World Team
Mei 2012 
Everything about Umrah , Visa , duit semua Alhamdulillah , settle
June 2012 
Ahamdulillah. SubhanaALLAH. Berangkat ke tanah suci. =') 




 
Kalau aku give up , agak-agak sampai tak untuk genggam dream aku ?
One word ,
ALHAMDULILLAH. 

Bila dalam Herbalife ni , we have our own lifestyle ! Lifestyle yang macam mane kite nak. Allahuakbar , amazing sangat lifestyle di Herbalife. Ada lifestyle bukan tiket untuk sombong ,tapi tiket untuk kembali untuk muhasabah dengan nikmat Allah , GIVE BACK TO SOCIETY. GIVE BACK TO THOSE YOU CARE ! THOSE YOU LOVE ! 


Memang impian aku dari kecil untuk pergi merantau , seluruh dunia. Alhamdulillah , dengan Herbalife , aku dah ke Bandung Indonesia dengan kawan-kawan pada usia 20 tahun. Ke Universal Studio Singapore pun naik flight  ( haha , bukan belagak , tapi lifestyle , reward untuk diri sendiri bila kita penat belajar etc. Its motivating me).Alhamdulillah. Bulan 5 yang lepas ke Singapore untuk Extravaganza SIngapore.My first Extravaganza. Bulan 6 pergi menunaikan Umrah ( Vacation rohani ) , Bulan 7 baru-batu ni ke Singapore ( Universal Studio ) dan yang paling best , bulan September ini akan ke MACAU. Allahuakbar.

" Ya Allah , ada tak kerja yang takde boss . Masing-masing boss tapi ada system. Ada tak kerja yang aku tak payah punch card . Ada tak kerja yang aku boleh cuti bila-bila , boleh travel oversea bawak ibu ayah. Ada tak kerja yang tak stress , yang seronok jaa? ". 

Cepat atau lambat , Allah memperkenankan doa aku satu-satu. Hanya bersabar , berdoa , dan berusaha. =)

Dan yang paling best , lifestyle with Herbalife , aku boleh menggembirakan ibu aku. InsyaAllah 15 hb ni , sampai lah set sofa baru sempena hari raya. Almaklumlah , kerusi ruang tamu rumah pun dah buruk. Di Herbalife , bukan reward untuk diri sendiri tetapi orang sekeliling.. Mungkin orang yang dan berusia dari aku akan cakap , " Elleh , set sofa je ?" .

Tapi bagi aku , tak. Orang apa yang aku jadi in the way untuk membolehkan aku reward ibu , dan orang yang bagaimana aku jadi itu lebih penting. Journey aku di Herbalife untuk mendapatkan set sofa untuk ibu bukan senang. =) Ada larinya , ada jalannya , ada jatuhnya , ada tersungkurnya.Macam macam. Alhamdulillah.Menariknya tentang ibu , dia adalah penentang aku yang paling utama . Musush dalam selimut ( hehe) , tak pernah sokong apa yang aku buat di Herbalife.

Mula-mula kalau ibu bapa tak percaya , tak sokong , jangan risau. Biar je dulu .. Buat je - Mill Team Suzy.

Aku memang bertahan. Allah itu adil . Aku improve diri aku dari segi financial management , aku PROVE dekat ibu. Alhamdulillah , ibu sekarang bila marah-marah je , tapi bila sampai 15 hb , aku hulur la sikit-sikit apa yang patut , Ibu senyum. Ibu cium duit tu dan cakap terima kasih. Allahurabbi.Perasaan yang aku tak dapat gambarkan. Serius. Yang penting , BERTAHAN , BERSABAR , USAHA dan BUKTI.

InsyaAllah , doakan aku untuk aku menjadi seorang anak yang solehah , seorang ahli perniagaan yang down to earth , seorang jutawan yang mukminah. Doakan aku. Doakan aku diberikan peluang untuk membalas jasa ibu dan ayah. Doakan aku . Doakan aku. Itu sahaja. 

Dan aku takkan pernah membenci orang-orang yang terdekat dengan ku , yang tidak henti-henti memerikan kata-kata putus asa. Bagi aku , korang bukan sesiapa sebab aku ada Allah , aku ada ayah ibu , kawan-kawan Herbalife yang tak pernah berhenti motivate aku. Semoga Allah membalas jasa dan budi kalian. 



Lose Weight. Gain Weight.Improve skin.Earn Extra Income
Ask Me How 
Fadhlina - 0133436011


No comments:

Post a Comment