Saturday, August 11, 2012

Gadis kampung dan impian luar biasa.

Bismillah

Sebenarnye dah lame dah blog ni bersawang . Kesian pulak . Tapi no problem ! 

Sebelum Herbalife , aku hanyalah gadis kampung yang telah disetkan otak nya untuk belajar belajar belajar dan belajar . Dapat ijazah dean list , kerja hebat-hebat , lepastu balas jasa ibu ayah. Tak pernah terfikir langsung cabaran dan dugaan kat luar sana. Ya lah , mana taknya , aku terlalu di "zon selesa".

Sebelum masuk sekolah rendah , ayah hantar sekolah pergi naik van putih yang mungkin kalau dijual pun berharga RM 1000 , itu pun kalau ada hati yang ingin membeli. Usang sungguh van ayah. Dalam van , salam tangan ayah , ayah sempat berpesan ;

" Fadhlina , belajaq elok-elok , dapat number 1 ".

Budak otak suci lah katakan. Hehe.

Bila dah darjah 6 , semua struggling for our first paper. Ibu everyday tak pernah miss cakap ;

" Fadhlina , apa cikgu ajar ikut , dapat 5A masuk sekolah sains".

Serius , aku pelik tetapi tidak bertanya. Time tu kan aku ulang , " aku budak suci". Apa ibu ayah aku cakap aku ikut sebab aku tahu diorang dah hidup lama , aku baru nak mengenal erti hidup.

Malangnya , UPSR aku 4A 1B. Gile mengamuk ibu aku.

Selesai alam kebudak-budakan. Masuk pulak ke alam agak "matured". Erti mengenal apa itu handset yang pertama . Kenal apa itu jerawat . Kenal apa itu cinta monyet . Pff.

Biasalah kan , frust gila sebab tak dapat masuk sekolah berasrama penuh , kali ni aku betul-betul struggle hard untuk my second DUNIAWI paper , PMR. Alhamdulillah , rezeki berpihak di sebelah aku , dapatlah 9A dan ditawarkan ke sekolah berasrama penuh. Gila kentang ! Budak kampung , ayah jual apom balik , ibu suri rumah , anak masuk sekolah sainsss hoi. Mungkin orang lain tidak merasakan apa yang aku rasa , tapi aku tahu , semua ibu bapa nak kan yang terbaik untuk anak-anak diorang. Mungkin mentaliti anak-anak ke SBP macam hebat kan , haha , tapi sebenarnya tak pun. Cuma satu tiket ! Aku ulang , TIKET untuk ke fasa yang seterusnya. Aku perlu admit , ibu memang nak gila-gila aku masuk SBP , katanya senang. Biasalah , budak suci kan , ikut sahaja. hehe

Habislah zaman sekolah yang entah apa-apa bila semua bersorak;

" YEAYYYY , SPM HABISSSS "

Bila SPM habis , biasalah kan , orang kampung macam aku ni memang mengharapkan biasiswa. Kata ibu , " Senang kamu , ada biasiswa , kerja semestinya ada". Bila biasiswa , lagi lah. Mentaliti nak anak-anak ke oversea. Aku pun tak faham , tapi aku tahu impian aku dari kecil sampai aku berumur 20 tahun semuanya didorang oleh ibu. Aku tak pernah berani nak commit untuk ada dream sendiri. Ye lah , anak haruslah ikut cakap ibu bapa dan jangan melawan.hikhik. Derhaka kang nanti.
Sekali lagi , result aku tak memuaskan hati ibu. Ayah aku biasa-biasa. Boleh terima.

Ibu sedih gila-gila sebab aku tak dapat straight A's , tak pergi oversea , tak boleh ikut cakap die amik medic / dentistry / pharmacy . Time ni serius aku stress . Aku sebenarnya nak further form 6 , aku tak tahu kenapa tapi pilihan aku ini sudah semestinya DIREJECT sama sekali. Ok fine , time ni aku menangis dekat ayah aku terus terang tolonglah faham apa yang aku nak. Sekali ni je. Biasalah , ayah ikut pandangan ibu. Nangis lagi hentak hentak kaki T_T

Setelah direject niat itu , aku mulakan buku baru dengan impian baru

" Ibu , cikna tak minat lah science , nak sambung business boleh tak ? "

" TAK BOLEH ! AMIK SCIENCE ! MUKTAMAD. "

Sekali lagi , ibu reject dan terus reject. Katanya , business tak menjamin. Ya Allah , time ni hanya Allah yang tahu . Dan ayah. Ayah tak pernah berhenti support aku. Katanya , mungkin ada hikmah semuanya ini. 

Aku tak tahu kenapa hati aku didorong untuk go dengan business,mungkin sebab family background . Mungkin sebab aku nak jadi jutawan.Mungkin , hanya Allah tahu dan DIAlah pemegang hati-hati. Serius aku cakap , aku further ke biomedic di UIA KUANTAN pun hanyalah untuk mendapatkan segulung ijazah . Dan truly , ijazah itu bukan untuk aku , mungkin lebih sebagai hadiah buat ibu. =')

Ayah selalu cakap ,

" Fadhlina , kesabaran kamu ini , mungkin ada hikmah. Kalau jodoh kamu dengan bisnes , lari  ke jatuh ke , lompat ke , tersungkur ke , tetap dengan bisnes."


Betullah kata ayah. Allah mungkin tak bagi dalam masa terdekat , tapi Allah ada perancanganNYA sendiri. Terbukti. Alhamdulillah.

18 Mei 2011 , perkenalan di atas sahabat . Saya tidak akan sesekali melupakan jasa dan budi sahabat ini yang telah mengubah kesihatan saya , dan pada masa yang sama kewangan. Allah menghantar insan ini , buat saya yang pada masa itu tercari-cari penyelesaian untuk turun berat badan , dan pada masa yang sama jugaklah , saya tercari-cari untuk memberikan kesihatan kepada ayah. Hati anak mana yang tak tersentuh melihat ayah jalan capit . Aku gadis kampung , tetapi punyai impian yang luar biasa !



ALHAMDULILLAH. 
Inilah yang saya cari selama ini.
Kesihatan-Kesenangan-Kebahagiaan-Keselesaan.Dan yang paling best , saya ada masa untuk keluarga dan diri sendiri !

Saya turun 26 kg total selepas menggantikan sarapan dan makan malam dengan nutrisi Herbalife. Ayah turun 13 kg 3 bulan , berhenti ubat urat ( one type of steroids) selepas 6 bukan KONSISTEN dengan sarapan dan makan malam nutrisi Herbalife . Satu family kami yang mana sangat-sangat negatif , tapi saya dan ayah teruskan jugak. Nampak tak , Allah hantarkan saya orang-orang yang bantu saya untuk kejar impian duniawi dan akhirat. Terima kasih saya ucapkan buat ayah , yang faham segalanya. Buat sahabat saya yang memperkenalkan Herbalife kepada kami sekeluarga , terima kasih Syadza ! =)



Alhamdulillah. Berubah kehidupan dari tidak sihat ke sihat ( dengan izin Allah ). Saya sangat-sangat bersyukur. Ditemukan dengan insan-insan yang telah digerakkan hati mereka untuk membantu saya , Allahuakbar ! Hanya turun berat badan , pada masa yang sama , duit poket pun mengembang.haha.Sangat Amazing di Herbalife. Turun berat , share dengan ramai orang , Alhamdulillah , last month income hampir cepai target..hehe.

Aku pernah berdoa dengan Allah , aku ingat lagi . Time tu aku sorang-sorang drive , aku bercakap sorang-sorang.

" Ya Allah , ada tak kerja yang takde boss . Masing-masing boss tapi ada system. Ada tak kerja yang aku tak payah punch card . Ada tak kerja yang aku boleh cuti bila-bila , boleh travel oversea bawak ibu ayah. Ada tak kerja yang tak stress , yang seronok jaa? ". 

Serious aku cakap. Aku tanya sebab aku nak tahu way/path yang mana the best untuk aku in order untuk aku jadi seorang Muslim yang down to earth , yang humble , yang boleh sedekah tanpa perlu berfikir 2-3 kali . Yang boleh memberi senang cerita. Time aku tanya tu , aku berumur 17 tahun / 18 tahun barangkali. Cepat atau lambat , berumur 20 tahun , baru berjumpa dengan jawapannya. Bersabar. :')

ALHAMDULILLAH 
HERBALIFE jawapannya.



Aku tak tahu kenapa , bila berkenalan dan bercinta dengan Herbalife , seolah-olah , dunia ini aku yang punya.hehe.Aku boleh berimpian , takde sesiapa melainkan Allah yang akan halang , mungkin tak bagi sekarang , tapi Allah bagi ke depan. Itu bukan kerja aku , yang aku tahu , kerja aku hanya Usaha , usaha dan usaha. 

Aku berani ada impian ! Aku decide untuk ada impian yang bagaimana , aku commit untuk impian itu dan aku challenge diri aku untuk ape yang aku nak. Bukan nak bangga , tapi ini berlaku sendiri. Kenapa perlu takut untuk berimpian ? Ada sekali tu time fokus group , Cikgu Azim cakap ;

" Kenapa takut nak tulis target ? Dapat tak dapat lain cerita . Tulis ja lah. Bukan ada sapa nak gelak pun !"

Time cikgu Azim cakap ni , air mata aku bertakung. Sebab aku takut nak tulis , takut tak dapat , nanti orang gelak.Aku lebih mementingkan apa orang akan cakap , dari apa aku nak usaha untuk nak dapat.

Dalam Herbalife , WAJIB ada dreamboard masing-masing. Tulis je lah ape korang nak ! Setiap hari tengok. Oh aku terlupa , mesti ada WHY ! STRONG WHY ! SERIUS aku cakap , STRONG WHY .


 If ur WHY,is smtg dat will not make u cry,not make wake up early&sleep late,then u need to change ur WHY.bcause it's useless WHY. #NCacademy.

Strong why. Strong why. Strong why yang ape jadi pun korang tak kan mengalah. 

Aku admit , aku memang anak daddy , kalau cakap pasal ibu , aku mungkin boleh sembunyikan perasaan sedih atau sayu. Tetapi , jangan sebut ayah. Sebab aku tak boleh. Setiap hari semalam 21 tahun , aku dibesarkan oleh ayah. Dari aku berumur 3 hari dan insan di ataslah yang kenal aku luar dan dalam. Tahu siapakah aku , SITI FADHLINA BT HALIPAH. Dan selama 21 tahun , setiap hari ayah aku bangun pukul 3 pagi , dah mula persiapan untuk menjual apom balik selepas subuh di pasar pagi. Aku tanya diri aku sendiri , " Sampai bila ayah perlu bangun pukul 3 pagi? " . Dan sampai sekarang , bila aku down ( bohonglah kalau dalam bisnes tak de satu time pun kite down.Itu normal.Itulah pahit getir sumber kekuatan dalam bisnes.InsyaAllah) , aku akan tanya soalan yang sama. " Bila ayah perlu "pencen" ?" .


Dream Board . Dream , dream , and dream. Start dream today , tomorrow it will be yours !


 Korang nampak tak , Allah , bukan niat aku untuk show off. Sikit pun tak. Cuma aku nak buktikan , bila aku DECIDE untuk dream tu , aku COMMIT untuk dream tu. Alhamdulillah , aku dapat. Dream yang pertama aku tulis atas board ini ialah , BULAN JUNE aku nak pergi umrah. Kalau ye pun , bukan dengan ibu dan ayah ( bohonglah kalau impian korang untuk menunaikan umrah bukan dengan parents). Aku nak sangat menunaikan umrah dengan DUIT SENDIRI , dengan IBU dan AYAH. Tetapi apa kan daya. Semua rancangan Allah. DECIDE--->COMMIT + DESIRE ---> IT WILL BE YOURS. Aku tak tipu , tapi ...

Alhamdulillah , maha Besar Allah. 21 Jun , 11.35 pagi . Aku berangkat ke tanah suci dari KLIA. Saat ni kan , korang dah speechless. Selalunya tengok je Kaabah tu dari tv atau pun tengok kawan-kawna Facebook update. SubhanaALLAH. Aku tak dapat nak express feeling aku. Mungkin ada kawan-kawan yang sebaya dengan aku dah ke sana 2 3 kali mungkin. Tapi journey aku untuk ke sana bukan mudah.

February 2012 
Aku decide nak g Umrah . Tapi bayangkan , duit dalam Tabung Haji ada RM 200.Haha. Flight pun tak lepas.No problem ! Aku decide , aku commit, aku usaha !
April 2012 
Fully qualified World Team
Mei 2012 
Everything about Umrah , Visa , duit semua Alhamdulillah , settle
June 2012 
Ahamdulillah. SubhanaALLAH. Berangkat ke tanah suci. =') 




 
Kalau aku give up , agak-agak sampai tak untuk genggam dream aku ?
One word ,
ALHAMDULILLAH. 

Bila dalam Herbalife ni , we have our own lifestyle ! Lifestyle yang macam mane kite nak. Allahuakbar , amazing sangat lifestyle di Herbalife. Ada lifestyle bukan tiket untuk sombong ,tapi tiket untuk kembali untuk muhasabah dengan nikmat Allah , GIVE BACK TO SOCIETY. GIVE BACK TO THOSE YOU CARE ! THOSE YOU LOVE ! 


Memang impian aku dari kecil untuk pergi merantau , seluruh dunia. Alhamdulillah , dengan Herbalife , aku dah ke Bandung Indonesia dengan kawan-kawan pada usia 20 tahun. Ke Universal Studio Singapore pun naik flight  ( haha , bukan belagak , tapi lifestyle , reward untuk diri sendiri bila kita penat belajar etc. Its motivating me).Alhamdulillah. Bulan 5 yang lepas ke Singapore untuk Extravaganza SIngapore.My first Extravaganza. Bulan 6 pergi menunaikan Umrah ( Vacation rohani ) , Bulan 7 baru-batu ni ke Singapore ( Universal Studio ) dan yang paling best , bulan September ini akan ke MACAU. Allahuakbar.

" Ya Allah , ada tak kerja yang takde boss . Masing-masing boss tapi ada system. Ada tak kerja yang aku tak payah punch card . Ada tak kerja yang aku boleh cuti bila-bila , boleh travel oversea bawak ibu ayah. Ada tak kerja yang tak stress , yang seronok jaa? ". 

Cepat atau lambat , Allah memperkenankan doa aku satu-satu. Hanya bersabar , berdoa , dan berusaha. =)

Dan yang paling best , lifestyle with Herbalife , aku boleh menggembirakan ibu aku. InsyaAllah 15 hb ni , sampai lah set sofa baru sempena hari raya. Almaklumlah , kerusi ruang tamu rumah pun dah buruk. Di Herbalife , bukan reward untuk diri sendiri tetapi orang sekeliling.. Mungkin orang yang dan berusia dari aku akan cakap , " Elleh , set sofa je ?" .

Tapi bagi aku , tak. Orang apa yang aku jadi in the way untuk membolehkan aku reward ibu , dan orang yang bagaimana aku jadi itu lebih penting. Journey aku di Herbalife untuk mendapatkan set sofa untuk ibu bukan senang. =) Ada larinya , ada jalannya , ada jatuhnya , ada tersungkurnya.Macam macam. Alhamdulillah.Menariknya tentang ibu , dia adalah penentang aku yang paling utama . Musush dalam selimut ( hehe) , tak pernah sokong apa yang aku buat di Herbalife.

Mula-mula kalau ibu bapa tak percaya , tak sokong , jangan risau. Biar je dulu .. Buat je - Mill Team Suzy.

Aku memang bertahan. Allah itu adil . Aku improve diri aku dari segi financial management , aku PROVE dekat ibu. Alhamdulillah , ibu sekarang bila marah-marah je , tapi bila sampai 15 hb , aku hulur la sikit-sikit apa yang patut , Ibu senyum. Ibu cium duit tu dan cakap terima kasih. Allahurabbi.Perasaan yang aku tak dapat gambarkan. Serius. Yang penting , BERTAHAN , BERSABAR , USAHA dan BUKTI.

InsyaAllah , doakan aku untuk aku menjadi seorang anak yang solehah , seorang ahli perniagaan yang down to earth , seorang jutawan yang mukminah. Doakan aku. Doakan aku diberikan peluang untuk membalas jasa ibu dan ayah. Doakan aku . Doakan aku. Itu sahaja. 

Dan aku takkan pernah membenci orang-orang yang terdekat dengan ku , yang tidak henti-henti memerikan kata-kata putus asa. Bagi aku , korang bukan sesiapa sebab aku ada Allah , aku ada ayah ibu , kawan-kawan Herbalife yang tak pernah berhenti motivate aku. Semoga Allah membalas jasa dan budi kalian. 



Lose Weight. Gain Weight.Improve skin.Earn Extra Income
Ask Me How 
Fadhlina - 0133436011


Sunday, April 15, 2012

Ini baru permulaan.

Bismillah.
Syukur ke hadrat Illahi di atas limpah kurniaNYA
Syukur Allah atas segala nikmat dan rezeki Mu
Malu ;') , Nikmat yang diberi mencurah-curah , tapi ibadat aku ?

Lame tak update blog .Korang pernah tak ade dream board ? Pernah ada impian ? Impian yang macam mane tu ?
A- Impian yang kalau x dapat this year , postpone next year ?
B- Impian yang just say to yourself , and you never do it ?
C- Impian yang once you promised to yourself , then , you prove it ?

One of my friend , pernah tweet cakap ,
" KALAU NAK BERIMPIAN TU BIARLAH BERPADA PADA ".

Tak salah kita nak ada impian , eventhough impian yang macam fairy tale. InsyaAllah di HERBALIFE , you will be like a fairy tale. =)This is my fream board for 2012. =) Aku baru buat je bulan 2 haritu . Once aku down , tak kire lah down dalam ape ape je , memang ayah and tok aku keje ungkit kaw kaw kaw punye lah dream aku. Satu satu kot dorg sebut. huh..


Alhamdulillah , ada 1 dream aku yang dah termakbul last month. Alhamdulillah syukur sangat-sangat =)

Qualified as a world team last month tak bermakna aku boleh goyang kaki. Ini baru satu permulaan , lagi mencabar , lagi banyak ujian. Kena reject . Kena maki . Customer tak dengar cakap , aku msg tanya satu ape tak reply . Senyap. Aku call reject. Tapi siyes NO PROBLEMMMMMM .. Dulu aku macam ni jugak , uppline suruh pergi event , aku tak pegi.. Pengajaran disini , bila ape2 jadi , tengok balik , siape kite dulu ? So once i look backward , aku dah dapat jawapan.hewhew. =')

Aku belajar what is LIFE in Herbalife. Belajar on how to manage financial management , belajar macam mana nak jaga hati dan perasaan orang , and the most value thing aku belajar is RELATIONSHIP. Dulu x pernah baik dengan dua tiga pupu aku , tapi because of one thing , because of satu botol Herbalife , Alhamdulillah. We build a relationship that I am never done before.Bukan aku sorang je yang rase , downline aka classmate aka bisnesspartner aku sekali , si UYA pun feel the same thing. Alhamdulillah.

Ade lagi satu dream aku , InsyaAllah OTW ..

Aku tak ingat , ade satu event , aku tak ingat sape yang cakap , tapi speaker ni cakap , dalam Herbalife , when you set your goal , your dream , sebenarnya , satu kaki kita dah dapat dah ape yang kita aim tu , satu kaki lagi tu adalah your HARDWORK. YOU EFFORT. =)

If you don't go after what you want, you'll never have it. If you don't ask, the answer is always no. If you don't step forward, you're always in the same place!! - quoted

Bulan 5 ni , akan ke Extravaganza Singapore. Tak sabar sangat. And 18 Mei is my first anivessary in Herbalife. Kejap nye masa berlalu , dah setahun aku dan Herbalife. Sekejap sangat masa tu. Dan aku terfikir , pejam celik pejam celik , umur ayah dan ibu pun makin meningkat.. The reason why Im doing Herbalife is not for me , but for Ayah and Ibu. Ada satu malam , aku slow talk dengan ibu , aku list all WHY aku di Herbalife.. Mungkin orang yang tak faham , dan bukan herbalife distributor yang betul2 berdarah dan bersemangat Herbalife , mungkin dorg akan cakap , ko buat HERBALIFE sebab nak duit semata-mata. =) Bagi aku , tak salah pun jadi seorang MUSLIM yang kaya. Banyak yang boleh buat.Banyak sangat. Niat tu yang penting.

Back to Ibu's story, panjang ceritanya. Ibu adalah orang yang tentang aku habis habisan untuk aku buat Herbalife. Until one night , Alhamdulillah , dengan izin Allah , aku jadi kuat .Kuat untuk menegakkan kebenaran. Pernah tak korang sebagai anak , terfikir ;

" Apa yang akan aku buat kalau ibu atau ayah aku sakit , memerlukan kos rawatan yang banyak , duit saving aku takde " ( Kalau korang ni datang dari family yang kaya , no problem at money , baguslah.Sebab aku ni orang susah lah , aku fikir banyak bende. ;') "

Kalau mak bapak korang tak bagi buat Herbalife , tolong lah BERTAHAN dan buat je.Because , Allah knows that you are actually do it for your parents..

Ni lah alasan-alasan aku bila berdepan dengan ibu.Ibu aku scary , kalau silap time , memang siap lah.HAHA
1- Cikna buat Herbalife untuk Ayah
2- Cikna buat Herbalife untuk Ibu
3- Cikna nak buat Fulltime Herbalife lepas habis belajar. Mohon restu ibu

Bertahan dan terus bertahan. Alhamdulillah , last month Herbalife paid me
RM 3135.62 . Ni passive income , tapi Alhamdulillah , total active income and passive income aku last month tambah tolak dalam RM 4300.. BAru berumur 21 , income ldah 4K , ini bukan nak bangga ke ape ke , tapi believe me , if aku yang part part time ni pun boleh , yang kat luar sana tu , baru umur 20 tahun , last month income dah RM 10K. Dan ini baru permulaan .


Buat team aku ;
- Siti mastura
- Shay Syafiq
- faris Deli
- Sharmeen
- Cuda
- Seha ( future to be =P)
- Kak syira
- Fatin Akmal
- Farhah
- Pokjad
- Kak Azni
- Kak tie
- Kak Dila
- Shahirun
- Syazwan

believe yourself , korang boleh buat !

Jom pergi event , jumpa ramai lagi GenH ( Herbalife Distributor ) yang earn income. Salah sorang yang buat aku inspire is Kak Amalina Peter. LAst month Herbalife Income RM 100K =) Tak percaya?? Macam fairy tale? yes ! You will be in fairy tale if you are in Herbalife =') InsyaAllah.

p/s : believe yourself.Work for it.



Thursday, March 8, 2012

Aku , dia , azam dan cinta

Assalammualaikum . Kenapa tiba tiba hari ini aku sangat sangat excited nak update blog.Try tengok last post aku tu bila.hewhew.Memanglah aku malas nak update , tapi aku rajin bende bende lain.Haaaa , cepat-cepat masuk meminang aku..(muntah) =D

HAVE YOU HAD YOUR SHAKE TODAY???

Nervous pulak nak tulis post ni. First of all , Alhamdulillah sangat sangat .Tidak terkira nikmat yang Allah kurniakan .Walaupun aku jauh dari landasan , tapi Dia tetap sentiasa ada dengan aku.Dalam jaga dan tidur , dalam sedar atan tidak , segala galanya. =') Allah itu cukup buatku.Tatkala aku jauh mengelamun , aku disedarkan.Tatkala aku sombong dan riak , aku dikejutkan dari bayangan.Tatkala aku sedih , aku ditunjukkan cahaya.Tatkala aku keseorang , dihadirkan "seorang"..Allahuakbar.Alhamdulillah.
(Tempek sikit muke aku.hewhew.Sila jangan menyampah ye =p)


Dah nak masuk tengah tahun baru lah aku tergedik gedik nak post ape azam tahun baru aku.Ape resolution aku as a slave , muslim , daughter , student and Herbalife DISTRIBUTOR. Setiap tahun , tak kisahlah tahun islam ataupun tahun ape ape je , tapi kite mesti nak jadi lebih baik kan. Same goes to me. Sebelum ni aku tak pernah ada azam tahun baru , aku tak pernah ada wishlist aku untuk setiap tahun , aku biarkan diri aku tua dengan azam azam yang kosong , yang mane setiap tahun tu bile sampai hujung tahun je mesti aku talk to myself depan cermin , perasan sorang sorang ;

" Takpe , tahun depan lah buat.postpone postpone ."

Waktu ni, aku sikit pun tak malu dengan Allah , aku sikit pun tak malu dengan diri aku sendiri.Ape je yang kite tulis , kite nak , kita aim , bagi aku , it is like you promised to yourself and you broke it.Maluuuuuu. Liist bagai nak rak sampai tak cukup kertas , tapi satu habuk pun tak dapat. Tapiii , Alhamdulillah.

Allah sedarkan aku , Allah sedarkan aku:

Dari boros jadi tak boros.
Dari yang tak pernah nak fikir perasaan orang , aku fikir.
Dari keje mintak duit dekat ayah , jadi malu nak mintak duit ( ni kalau ayah bace mesti die suke)
Dari seorang yang ego , aku jadi mudah sangat nk lembut
Dari seorang yang banyak kelemahan , aku jadi kuat untuk improve satu persatu.
Dari seorang yang hanya hidup 'ikutflow' , aku berubah to someone yang ade ape aku nak dlm hidup

Tanpa Alah siapalah aku.Tanpa Allah , siapalah aku.Tanpa Allah , lemahlah aku.Tanpa Allah , aku tidak kenal erti hidup.Tanpa Allah , aku masih lagi buta dalam kesamaran.Tanpa Allah , gelaplah dunia aku.Allah Allahurabbi.Manisnya cintaMU..

Dah bulan March , aku baru terkial kial.Tapi aku ingat Aunty Kamilah cakap , bila kita ada dream , azam kita , tunjuk and bagitawu kat orang.Once you do that , you are doing a promise with others , by hook or by crook , you must DO it ! ;')

1. Muslim

Sebagai muslim , sebagai hamba Allah , aku nak improve ! Aku nak dekat dan dekat lagi hubungan aku denganNya.Tanpa ALLAH , aku bukan siapa-siapa di atas muka bumi ini.Nak UPGRADE myself to be better and much better muslimah. =') Kalau dulu jarang jarang bangun malam , tahun ni , nak perbanyakkan amalan amalan sunat.Ayah aku sangat sweet , kalau die Qiam , mesti die akan call aku kejut aku untuk same same menikmati keindahan malam dan keindahan 'communication' tengah2 malam..Seronok sangat.Hati tenang sangat waktu ni..Aku pernah dengar dalam ceramah " Tangisan di tengah malam terutama waktu sujud adalah sangat sangat berharga".Allahuakbar, permudahkan aku untuk meneruskan istiqamah ini.Bukan senang nak terus istiqamah.Tapi kita kene kuat.*Note to myself.



2.Umrah



Aku tak pernah pernah bermimpi yang I am going this way.Aku hanya harap parents aku suap mulut aku je.Aku hanya tunggu ayah ibu "belanja" aku , baru aku pegi.HAHA.ceh , memang aku anak yang takes advantage =p Tapi Alhamdulillah , dalam Herbalife , aku diajar untuk bermimpi , dan berusaha untuk menggapai bintang ! Bulan Februari yang lepas , aku decide aku nak ke Umrah pada cuti sem , bila aku decide , aku kerja dengan lebih kuat. Alhamdulillah , dah daftar .Doakan urusan aku dipermudahkan..Aku ni bila aku cakap nak satu bende , aku memang NAK! Aku memang redah ! Because Allah is with me.. Ni Impian aku yang kedua terbesar dalam hidup aku . Bulan february lepas , aku cakap dengan diri aku sendiri , aku nak pegi Umrah , dengan duit aku sendiri . Nak pegi dengan parents , tapi disebabkan ade hal2 yang tak dapat dielakkan , ibu and ayah tak boleh pegi..Aku tak tahu kenapa aku kuat , aku kuat walaupun aku kene pegi sorang-sorang.Ayat ayah yang buat aku tak lupa sampai sekarang ;

" Kamu pergi la dulu , doakan ibu dan ayah dapat jejakkan kaki kesana"

Ayat ni buat aku inspired sangat sangat ! Sungguh , hidup aku untuk YA Rabbi , untuk ibu dan ayah.Kalau ditanya adakah aku sudah berpunya , and YES. Aku dah berpunya..Tapi cinta aku untuk si dia belum sampai masanya. Hati aku masih milik Allah , ibu dan ayah =')

InsyaAllah =)


3. HERBALIFE ( WORLD TEAM ACTIVE WORLD TEAM)



Haha , impian yang ni , kene orang orang herbalife je yang faham.Tapi both pin sangat sangat sangat bermakna dan penting untuk aku.Doakan aku , this is mont is my last cut for World Team =') . I can see my future day afterwards in Herbalife.InsyaAllah.Bukan aku taksub dengan Herbalife , cuma aku berusahak keras di Herbalife..Aku takkan buat kalau ianya bukan dari Allah.Aku takkan buat tanpa petunjuk dari Allah.Aku takkan ikut kalau orang orang di herbalife tidak berjaya.Tetapi mereka dah buktikan.Apa yang aku perlu buat , hanya bertahan bertahan dan bertahan..Apa yang menyentuh perasaan aku , hampir orang yang berjaya di Herbalife ialah ISLAM.They are MUSLIM. And in Herbalife , lagi tinggi income orang tu , lagi banyak die contribute back to Islam..Aku pernah terfikir , tulis status punya lah rancak " FREE PALESTINE " tak pun sedih tengok orang orang susah , tapi ape yang kite buat untuk bantu diorang ? Kalau rancak dimulut tapi tiada usaha untuk kita buat , tiada guna =)


4. Student

hahahahah , kenape lah student ni aku letak yang no 4? Hanya aku dan Allah je yang tahu.Ade jugak yang inbox aku bagi nasihat yang degree tu pentng , jangan asyik leka dengan herbalife sampai lupa study.. Susah kan nak cari student yang study bukan untuk result ? Aku taknak aku jadi student yang hanya naik atas pentas waktu graduation day dengan CGPA yang top tapi di hati aku kosong.Nauzubillah.Moga apa yang aku belajar , aku boleh gunakan untuk masa hadapan walaupun InsyaAllah aku akan jadi FULLTIME HERBALIFE after graduate.InsyaAllah.Ameen.. haaaa , lagi satu , pernah tak korang inspired dengan seseorang ? Di Herbalfe , aape yang aku suka , environment sangat sangat sangat positif ! Semua orang nak berjaya ! And they inspired me a lot especially bila aku stress or down dalam study aku.Alhamdulillah. Doakan aku dipermudahkan dalam segala galanya.Semua itu milik Allah , tapi aku sebagai hamba , mampu berusaha dan berdoa.


5.Kahwin



Sekian sahaja bebelan aku..Doakan aku =)